Date: 6th December 2015 (Sunday)
Venue: Padang Kota Lama, Penang
Distance: 6km
Entry Fees; FREE!!
T-shirt FREE for first 1000 entries!
Closing Date: 30th Nov 2015
Enquiries : 04-227 1982 or 010-3414700.
ENTRY FORM |
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang
menyasarkan lebih 1,000 peserta akan mengambil bahagian dalam Larian
Anti Rasuah Pulau Pinang (PACRUN) di Padang Kota Lama pada 6 Disember
ini.
Larian sejauh 6 kilometer itu terbuka kepada semua bagi meraikan
sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa yang diraikan pada 9 Disember
setiap tahun selain ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat supaya
bersama-sama SPRM memerangi rasuah.
Pengarah SPRM negeri Datuk M Samarajoo berkata, larian lebih
berkonsep kepada ‘Fun Run’ melalui beberapa laluan utama di sekitar
pusat bandar itu bertujuan merapatkan hubungan antara SPRM dengan
masyarakat.
“Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta akan diberikan
kemeja-T eksklusif PACRUN dan 100 peserta terawal yang menamatkan larian
akan menerima pingat dan sijil penyertaan.
“Selain larian pelbagai acara lain turut diadakan termasuk pameran
dan aktiviti senaman bersama beberapa jabatan kerajaan termasuk Majlis
Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang,” katanya.
Samarajoo berkata, borang penyertaan PACRUN boleh didapati di
Pejabat SPRM Pulau Pinang dan penyertaan dibuka sejak 1 November lalu
hingga 30 November ini.
Kaunter dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 04-227 1982 atau 010-3414700.
No comments:
Post a Comment